Allah berfirman yang bermaksud,
pertolongan yang dijanjikan Allah tetap berlaku kerana Allah
berkuasa menukar gantikan sesuatu keadaan sebagimana
kuasa-Nya memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang
pada malam (silih berganti); dan (ingatlah) sesungguhnya Allah
Maha Mendengar Lagi Maha Melihat. (Surah al-Haj: 61)
Sebagai hamba Allah, manusia
memerlukan antara satu sama lain.
kerana sifat itulah, mereka sering
dianiaya dan hak mereka dicabuli.
Memang lumrah kehidupan, siapa
yang kuat dan berkuasa akan disanjung
dan dihormati. Sementara mereka yang
lemah pula akan ditindas dan dizalimi.
atas dugaan yang menimpa dengan mengharapkan
pertolongan Allah. Berdoa dan bertawakal
kepada Allah sepenuh hati kerana Allah berkuasa
atas segalanya sama seperti berkuasanya Allah
menguasai peraturan alam buana ini.
Dia menciptakan malam dan siang silih berganti,
Begitu juga pertukaran musim-musim sama
ada musim panas, sejuk,luruh dan sebagainya.
kekuasaan-Nya sungguh mengagumkan dengan
tidak pernah mungkir atau terlewat.
janji Allah itu pasti berlaku.........
0 ulasan:
Post a Comment