BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, February 3, 2010

tiga perkara utama punca lupa

Ada dua persoalan pertama, mengapa anda mudah
lupa dan kedua, bagaimana anda mengatasinya.

Terdapat tiga perkara utama yang boleh menyumbang kepada lupa
  1.  mengabaikan solat.pelajar yang mengabaikan solat samalah dengan mereka mengabaikan keperluan hidupnya.  ibadah solat merupakan tiang kehidupan seorang muslim, jika diabaikan bermakna pelajar melupakan aspek kehidupan yang paling asas dan penting dilupakan apatah lagi aspek kehidupan yang lain.
  2. sering bercakap bohong. pelajar yang berbohong sukar membezakan perkara yang sebenar dan yang sebaliknya.  pelajar yang suka berbohong bukan sahaja mewarisi penyakit lupa bahkan akan hilang jati diri
  3. memungkiri janji.  alasan yang diberikan pelajar yang selalu mungkir janji ialah lupa.  jadi, pelajar yang tidak menepati janji secara tidak langsung membawa dirinya ke arah  penyakit lupa.
petua agar ingatan lebih kuat dan dapat bertahan lama dalam aspek pelajaran
  1. selepas menerima pelajaran,anda perlu mengulang kaji pelajaran.  lebih kerap mengulang kaji lebih kekal ingatan dalam minda.
  2. gunakan pelbagai cara untuk menyalin nota.  jika nota ditulis dengan teks sahaja maka anda akan cepat bosan ketika ingin mengulang kaji.  nota yang dicatat perlu dilakar,dilukis dan dipetakkan.  anda perlu menconteng nota secara kreatif, gunakan pelbagai warna, ketebalan mata pensel atau pen dan bentuk gambar atau grafik.
  3. gumakan pelbagai jenis carta termasuklah carta aliran,gambar rajah,venn,lukisan,singkatan,nemoniks dan lakaran.
  4. boleh menggunakan kaedah bayangan yang memerlukan anda membayangkan isi kandungan yang dibaca. bayangkan dalam bentuk gambar rajah,gambar,peta konsep,carta aliran,jadual dan pemandangan.
  5. mengulang dan mengingat kembali bayangan itu dengan kerap, menyebutnya berulang kali.
  6. teks dikurangkan, jadikan ia gambar dan kata-kata kunci.
pengurusan masa
  1. buat senarai tugasan yang perlu dilaksanakan setiap hari
  2. gunakan masa yang terluang
  3. berani untuk berkata "tidak mahu"
  4. lakukan tugas pada masa yang sesuai
  5. ulangkaji
  6. dapatkan masa rehat yang mencukupi.

0 ulasan: